Selasa, 17 Disember 2019

Seperti biasa, pada pukul 6:00 am kami semua bersiap sedia untuk aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Kami amat teruja pada hari tersebut kerana kami akan melawat ke SM Town Coex Artium. Ia merupakan sebuah syarikat Korea yang terkenal dengan Kpop band. Saya dan kakak saya amat teruja untuk tiba di sana. Kami bertolak ke SM Town Coex tepat pada pukul 8:00 am dan tiba pada pukul 9:00 am. Setelah tiba, kami mengambil sebanyak gambar yang mungkin untuk dijadikan sebagai kenangan. Saya, kakak saya dan kakak saudara saya ingin sekali melawat muzium SM Town. Kami memujuk ayah untuk membeli tiket masuk. Kami amat gembira kerana ayah izinkan dan belikan tiket muzium untuk kami.



SM Town Museum 

SM Town Coex

Terdapat banyak pakaian, gambar, dan macam-macam lagi di dalam muzium tersebut. Kami seolah-oleh tidak mahu untuk keluar daripada muzium tersebut. Kami mengambil gambar, merakamkan video dan bermacam lagi. Jarum jam tepat pada pukul 12:00 pm. Tiba masanya untuk kami berkumpul di dalam bas untuk bertolak ke kedai makan untuk makan tengahari. Kami tiba di kedai makan tepat pada pukul 1:00 pm. Kedai makan tersebut berdekatan dengan masjid Itaewon. Di situ terdapat banyak kedai makan yang halal. Senang cerita, di situ memang kawasan muslim.


Makanan turkey
Selepas makan tengahari, kami solat di masjid Itaewon. Selepas solat, kami singgah di sebuah gerai kecil yang menjual makanan Korea. Kami singgah ke gerai tersebut kerana ramai yang singgah gerai tersebut. Kami membeli topokki iaitu sejenis makanan Korea yang diperbuat daripada tepung beras.


Topokki
Pada pukul 3:00 pm, kami bertolak ke Dongdaemon dan Namdaemon. Di situ merupakan kawasan membeli-belah cenderamata yang murah dan berkualiti. Setelah tiba di Dongdaemon dan Namdaemon, kami rambang mata. Terdapat pelbagai jenis cenderamata yang terdapat di sana. Setelah membeli-belah selama 3 jam, kami makan malam. Akibat terlalu letih, kami amat lapar. Jarak Namdaemon dan Dongdaemon amat dekat dengan hotel kami. Jadi, kami hanya berjalan kaki ke kedai makan untuk makan malam. Setelah makan malam, kami pulang ke hotel untuk berehat. 


Berikut merupakan diantara barang yang kami beli di Namdaemon 

Comments

Popular posts from this blog

Ahad, 15 Disember 2019