Isnin, 16 Disember 2019

Seperti biasa, kami bangun bersiap sedia untuk sarapan pagi untuk menjalankan aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut. Pada pukul 7:50 am, kami bertolak ke Lotte Duty Free. Ia mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk tiba di sana. Setelah tiba, kami melihat pelbagai jenis produk kecantikan yang terdapat di sana. Disebabkan saya tidak berminat tentang produk kecantikan, saya hanya mengikut sahaja yang lain. Setelah selesai membeli-belah produk kecantikan, kami bertolak ke kedai makan untuk makan tengah hari. Kami bertolak ke kedai makan tersebut tepat pada pukul 12:00 pm dan tiba pada pukul 1:00 pm. Setelah sampai, kami makan dengan penuh selera.




Bangunan Lotte Duty Free

Selepas kami menjamu selera, kami bersiap sedia untuk bertolak ke Gyeongbokgung Palace. Gyeongbokgung Palace merupakan istana utama dinasti Joseon. Istana tersebut dibina pada tahun 1395. Ia terletak di Utara Seoul, Korea Selatan. Istana tersebut juga merupakan istana terbesar daripada lima istana besar yang dibina oleh dinasti Joseon. Istana tersebut mempunyai reka bentuk yang menarik. Kawasan di istana tersebut juga amat indah dan sejuk mata memandang.


Gambar bersama keluarga 

Di antara gambar yang ditangkap

Ayah<3
Selepas 2 jam berlalu, kami dikehendaki untuk memulangkan baju yang disewa tersebut. Setelah memulangkan baju yang disewa, kami bertolak ke Star Avenue. Ia hanya mengambil beberapa minit sahaja untuk tiba. Setelah sampai, kami melihat pemandangan yang amat indah. Pemandangan yang begitu nian. Star Avenue merupakan pusat membeli-belah yang terkenal dan yang disarankan. Produk di sana banyak dibeli oleh artis-artis Korea. 



Pemandangan di kawasan Star Avenue
 Selepas itu, kami berjalan kaki ke Myeongdong. Ia hanya mengambil masa selama lebih kurang 5 minit untuk sampai apabila berjalan kaki. Myeongdong merupakan kawasan gerai makanan. Terdapat pelbagai jenis makanan yang terdapat di Myeongdong. Namun, makanan tersebut kebanyakkannya tidak halal. Kami hanya dapat melihat makanan tersebut sahaja. Pada waktu tersebut, kami amat lapar. Myeongdong juga merupakan kawasan gerai cenderamata. Cenderamata yang dijual di sana kebanyakkannya harga yang murah-murah. 


Kawasan Myeongdong 
Selepas membeli-belah cenderamata, tiba masanya untuk makan malam. Kami makan malam di kedai makan yang terdekat di kawasan Myeongdong. Kami bertolak ke hotel pada pukul 9:00 pm dan tiba pada pukul 9:15 pm. Ia hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja untuk tiba.

Comments

Popular posts from this blog

Ahad, 15 Disember 2019