Pada pukul 6:00 am, kami bersiap sedia untuk aktiviti yang akan diadakan. Setelah bersiap sedia, kami turun ke cafe untuk sarapan pagi. Terdapat pelbagai jenis makanan yang disediakan untuk sarapan pagi. Pada hari tersebut, kami amat teruja kerana kami akan ke Jisan Forest Resort untuk melaksanakan aktiviti ski. Setelah selesai sarapan pagi, kami masuk ke dalam bas dan bertolak ke Jisan Forest Resort pada pukul 7:40 am.
 |
| Sarapan bersama keluarga di hotel |
 |
| Pek panas (Hot pack) |
Kami tiba di kedai sewa peralatan ski pada pukul 8:00 am. Terdapat pelbagai jenis corak dan saiz baju kalis air di situ. Setelah kami memilih baju, kami perlu mengukur saiz kaki untuk menyewa kasut ski. Ia mengambil masa lebih kurang satu jam untuk kami memilih dan pakai. Setelah selesai memakai peralatan tersebut, kami bertolak ke Jisan Forest Resort. Ia hanya mengambil masa 5 minit untuk tiba di sana. Setelah sampai, kami melihat pemandangan yang amat indah.
Kami bermain ski sehingga pukul 12:00 pm. Saya dan yang lain amat letih, sejuk dan juga lapar. Tiba masanya untuk makan tengahari. Kami amat teruja untuk makan tengahari disebabkan terlalu lapar dan letih akibat bermain ski berjam-jam. Ia mengambil masa selama satu jam untuk tiba di kedai makan. Semasa kami dalam perjalanan untuk ke kedai makan, kami sempat tidur akibat terlalu letih. Kami tiba di kedai makan tersebut tepat pada pukul 1:00 pm.
Selepas makan, kami bertolak ke Everland Theme Park. Kami amat teruja kerana kami gemar bermain roller coaster. Kami bertolak ke Everland Theme Park pada pukul 2:00 pm dan tiba lebih kurang pada pukul 3:00 pm. Setelah sampai, kami membeli tiket untuk masuk. Kami amat gembira dan teruja. Setelah memasuki ke dalam Everland Theme Park, kami melihat pelbagai jenis permainan yang terdapat di situ. Kami seolah-olah tidak tahu untuk main permainan apa dahulu. Pemandu pelancong kami memberikan masa sehingga pukul 7:00 pm untuk bermain.
 |
| Peta Everland Theme Park |
Jarum jam tepat pada pukul 7:00 pm. Tiba masanya untuk kami berkumpul di bas untuk bertolak ke kedai makan untuk makan malam. Pada waktu itu, kami amat lapar. Ia mengambil masa selama 30 minit untuk tiba di kedai makan tersebut. Kami terpaksa untuk menahan lapar buat sementara.
 |
| Kami menjemu selera |
Setelah selesai makan malam, kami bertolak ke hotel pada pukul 9:00 pm dan tiba pada pukul 10:00 pm.
Comments
Post a Comment