Sabtu, 14 Disember 2019

Setelah kami mendarat di Incheon International Airport, kami menjalankan proses imigrasi lalu keluar dari airport tersebut untuk melihat pemandangan di luar. Kami sungguh gembira dan berasa sangat sejuk. Disebabkan terlalu sejuk, kami masuk ke dalam airport semula sambil menunggu ketibaan bas.

Kami melihat pemandangan di luar airport 

Selepas beberapa minit yang lalu, muncullah bas kami. Pemandu bas tersebut amat baik. Pemandu pelancong juga amat baik dan peramah. Kami diarahkan untuk memasukkan bagasi ke dalam bonet bas lalu masuk ke dalam bas dengan berhati-hati.

-Mama saya-
Kami bertolak ke Seoul Trickeye Museum. Kami berasa sangat gembira dan teruja untuk ke muzium tersebut. Setelah lebih kurang satu jam yang lalu, kami tiba di muzium tersebut. Terdapat banyak ilustrasi yang terdapat di muzium tersebut. Kami mengambil gambar bersama-sama dengan gembira. Pemandu pelancong tersebut memberikan masa selama satu jam untuk sesi penggambaran.

-adik saya, Daniesh-

Salah satu karya yang terdapat di muzium tersebut 

Salah satu ilustrasi yang terdapat di muzium tersebut
Setelah satu jam yang lalu, kami diminta untuk kembali ke bas untuk pergi ke kedai makan untuk makan tengahari. Pada waktu itu, kami amat lapar, dahaga dan juga sejuk. Setelah beberapa minit, kami tiba di kedai makan tersebut.

Terdapat banyak hidangan yang disediakan
Kami amat menikmati juadah yang telah disediakan. Setelah makan, kami menunaikan solat fardu di surau yang terdapat di kedai makan tersebut. Selepas itu, kami diarahkan untuk masuk ke dalam bas untuk bertolak ke Pulau Nami. Setelah lebih kurang dua jam, kami tiba di Pulau Nami. Suhu di Pulau Nami lebih sejuk kerana ia merupakan sebuah pulau. Tambahan pula hari sudah gelap, kami amat sejuk. Namun, kami tetap menikmati pemandangan di Pulau Nami.

Pulau Nami pada waktu malam
Pulau Nami pada waktu petang
Selepas itu, kami perlu berkumpul untuk bertolak ke kedai makan untuk makan malam bersama-sama. Kami amat teruja untuk makan malam kerana kami amat lapar. Ia hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke kedai makan tersebut. Setelah sampai, kami masuk ke dalam kedai makan tersebut lalu terkejut kerana terdapat pelbagai makanan yang telah dihidangkan. 


Ayam BBQ 
Setelah makan malam, saya dan kakak saya keluar untuk pergi ke 7eleven yang terletak di sebelah kedai makan kami. Kami ingin membeli produk yang halal. Kakak saya terjumpa satu susu strawberri yang dijamin halal. Kami minta duit daripada ayah kami lalu beli susu tersebut dan keluar dari 7eleven lalu duduk di kerusi yang telah disediakan.

Susu strawberri tersebut amat lazat 
Selepas itu, kami diarahkan untuk masuk ke dalam bas untuk bertolak ke hotel. Kami amat letih dan mengantuk. Kami tiba di hotel lebih kurang pada pukul 10:00 pm.

Comments

Popular posts from this blog

Ahad, 15 Disember 2019