Pada pukul 6:00 am, kami bersiap sedia untuk aktiviti yang akan diadakan. Setelah bersiap sedia, kami turun ke cafe untuk sarapan pagi. Terdapat pelbagai jenis makanan yang disediakan untuk sarapan pagi. Pada hari tersebut, kami amat teruja kerana kami akan ke Jisan Forest Resort untuk melaksanakan aktiviti ski. Setelah selesai sarapan pagi, kami masuk ke dalam bas dan bertolak ke Jisan Forest Resort pada pukul 7:40 am. Sarapan bersama keluarga di hotel Pek panas (Hot pack) Kami tiba di kedai sewa peralatan ski pada pukul 8:00 am. Terdapat pelbagai jenis corak dan saiz baju kalis air di situ. Setelah kami memilih baju, kami perlu mengukur saiz kaki untuk menyewa kasut ski. Ia mengambil masa lebih kurang satu jam untuk kami memilih dan pakai. Setelah selesai memakai peralatan tersebut, kami bertolak ke Jisan Forest Resort. Ia hanya mengambil masa 5 minit untuk tiba di sana. Setelah sampai, kami melihat pemandangan yang amat indah. Kami bermain ski sehingga puk...
Comments
Post a Comment