Posts
Showing posts from 2020
Selasa, 17 Disember 2019
- Get link
- X
- Other Apps
Seperti biasa, pada pukul 6:00 am kami semua bersiap sedia untuk aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Kami amat teruja pada hari tersebut kerana kami akan melawat ke SM Town Coex Artium. Ia merupakan sebuah syarikat Korea yang terkenal dengan Kpop band. Saya dan kakak saya amat teruja untuk tiba di sana. Kami bertolak ke SM Town Coex tepat pada pukul 8:00 am dan tiba pada pukul 9:00 am. Setelah tiba, kami mengambil sebanyak gambar yang mungkin untuk dijadikan sebagai kenangan. Saya, kakak saya dan kakak saudara saya ingin sekali melawat muzium SM Town. Kami memujuk ayah untuk membeli tiket masuk. Kami amat gembira kerana ayah izinkan dan belikan tiket muzium untuk kami. SM Town Museum SM Town Coex Terdapat banyak pakaian, gambar, dan macam-macam lagi di dalam muzium tersebut. Kami seolah-oleh tidak mahu untuk keluar daripada muzium tersebut. Kami mengambil gambar, merakamkan video dan bermacam lagi. Jarum jam tepat pada pukul 12:00 pm. Tiba masanya unt...
Isnin, 16 Disember 2019
- Get link
- X
- Other Apps
Seperti biasa, kami bangun bersiap sedia untuk sarapan pagi untuk menjalankan aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut. Pada pukul 7:50 am, kami bertolak ke Lotte Duty Free. Ia mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk tiba di sana. Setelah tiba, kami melihat pelbagai jenis produk kecantikan yang terdapat di sana. Disebabkan saya tidak berminat tentang produk kecantikan, saya hanya mengikut sahaja yang lain. Setelah selesai membeli-belah produk kecantikan, kami bertolak ke kedai makan untuk makan tengah hari. Kami bertolak ke kedai makan tersebut tepat pada pukul 12:00 pm dan tiba pada pukul 1:00 pm. Setelah sampai, kami makan dengan penuh selera. Bangunan Lotte Duty Free Selepas kami menjamu selera, kami bersiap sedia untuk bertolak ke Gyeongbokgung Palace. Gyeongbokgung Palace merupakan istana utama dinasti Joseon. Istana tersebut dibina pada tahun 1395. Ia terletak di Utara Seoul, Korea Selatan. Istana tersebut juga merupakan istana terbesar daripada lima ist...
Ahad, 15 Disember 2019
- Get link
- X
- Other Apps
Pada pukul 6:00 am, kami bersiap sedia untuk aktiviti yang akan diadakan. Setelah bersiap sedia, kami turun ke cafe untuk sarapan pagi. Terdapat pelbagai jenis makanan yang disediakan untuk sarapan pagi. Pada hari tersebut, kami amat teruja kerana kami akan ke Jisan Forest Resort untuk melaksanakan aktiviti ski. Setelah selesai sarapan pagi, kami masuk ke dalam bas dan bertolak ke Jisan Forest Resort pada pukul 7:40 am. Sarapan bersama keluarga di hotel Pek panas (Hot pack) Kami tiba di kedai sewa peralatan ski pada pukul 8:00 am. Terdapat pelbagai jenis corak dan saiz baju kalis air di situ. Setelah kami memilih baju, kami perlu mengukur saiz kaki untuk menyewa kasut ski. Ia mengambil masa lebih kurang satu jam untuk kami memilih dan pakai. Setelah selesai memakai peralatan tersebut, kami bertolak ke Jisan Forest Resort. Ia hanya mengambil masa 5 minit untuk tiba di sana. Setelah sampai, kami melihat pemandangan yang amat indah. Kami bermain ski sehingga puk...
Sabtu, 14 Disember 2019
- Get link
- X
- Other Apps
Setelah kami mendarat di Incheon International Airport, kami menjalankan proses imigrasi lalu keluar dari airport tersebut untuk melihat pemandangan di luar. Kami sungguh gembira dan berasa sangat sejuk. Disebabkan terlalu sejuk, kami masuk ke dalam airport semula sambil menunggu ketibaan bas. Kami melihat pemandangan di luar airport Selepas beberapa minit yang lalu, muncullah bas kami. Pemandu bas tersebut amat baik. Pemandu pelancong juga amat baik dan peramah. Kami diarahkan untuk memasukkan bagasi ke dalam bonet bas lalu masuk ke dalam bas dengan berhati-hati. -Mama saya- Kami bertolak ke Seoul Trickeye Museum. Kami berasa sangat gembira dan teruja untuk ke muzium tersebut. Setelah lebih kurang satu jam yang lalu, kami tiba di muzium tersebut. Terdapat banyak ilustrasi yang terdapat di muzium tersebut. Kami mengambil gambar bersama-sama dengan gembira. Pemandu pelancong tersebut memberikan masa selama satu jam untuk sesi penggambaran. -adik saya, Daniesh-...
Jumaat, 13 Disember 2019
- Get link
- X
- Other Apps
Pada pukul 2:30 pm, kami sekeluarga bertolak dari Johor ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan tiba pada pukul 7:00 pm. Kami amat teruja untuk tiba di Seoul, Korea. Tempoh kapal terbang dari KLIA ke Incheon International Airport akan mengambil lebih kurang 6 jam setengah untuk tiba. Kapal terbang yang kami naik berlepas pada pukul 1:00 am dan tiba di Incheon International Airport pada pukul 7:30 am.
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
- Get link
- X
- Other Apps
Saya, Farra Dyanna binti Mohd Rashdan ingin berkongsi tentang pengalaman saya dan keluarga saya sepanjang bercuti di Seoul, Korea pada 14 hingga 18 Disember 2019. Untuk pengetahuan anda semua, kami juga pernah bercuti di Seoul, Korea pada tahun 2016. Walaubagaimanapun, hal tersebut tidak membakar semangat kami untuk bercuti di Seoul, Korea buat kali ke-dua.